Sunday, March 9, 2014

impian dan cinta!!

Cinta,!!bila sebut saja tentang cinta,aku bukan x pernah jatuh cinta,tapi aku x pernah dapat apa yang aku mahu,selalunya aku akan kecundang tanpa sempat untuk memulakan sesuatu percintaan,aku dah terlalu penat untuk mengejar cinta yang x pasti,pernah,ya memang pernah,aku harap sangat aku akan mencintai dan dicintai,namun ada saja halangan dalam percintaan aku,baru saja aku nak rasa bunga-bunga cinta,tup2 dia dah berpunya x pun dia suka orang lain.aku pulak bukan jenis yang suka tunjukkan rasa cinta aku pada seseorang,mungkin ego aku tinggi mengalahkan lelaki.
Tapi sejujurnya lah,aku harap sangat aku akan jumpa seseorang yang boleh mencintai aku serta dapat menerima semua kekurangan aku,aku nak sangat jumpa dia,kalau la aku diberi peluang itu,aku x kan sia-siakan dia,aku akan mencintai dia sepenuh hati aku,aku x kan curang.tapi tengoklah sampai sekarang aku x juma-jumpa lagi,Ya Allah temukan lah aku dengan cinta sejati aku secepat mungkin.dimana dia?? Buat apa sekarang nie?? Dah kerja ke belum,ke masih study macam aku.??banyak persoalan yang bermain-main dalam benak fikiran aku.bagaimanalah orang nya,baikkah dia??sweet x?? kacak x??orang mana??tingginya paras sapa??gelap ke cerah??.semua nya x terjawab,Cuma aku yang terus berharap


Ada ke laki yang akan mencintai aku dalam diam??dalam diam,dari jauh dia akan pandang aku,dan berharap aku akan jadi miliknya.dia akan mencintai aku sepenuh hatinya,dia sanggup buat apa saja asalkan aku bahagia,adakah??aku tertanya-tanya jugak.tapi siapalah aku untuk dicintai sebegitu rupa,aku ni bukannya baik sangat,bukannya cantik sangat.aku ni biasa-biasa saja.mungkin semua itu bukan ditakdirkan untuk aku.aku gadis miskin yang  cuba untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna seperti teman-teman ku yang lain,walaupun aku tahu,aku tak sebertuah mereka.aku nak jugak hidup tanpa ada masalah kewangan,tanpa ada masalah dengan keluarga,dengan kawan-kawan.tapi aku terpaksa lalui semua tu,walaupun kadang-kadang,aku tak nak pun semua tu terjadi.aku zaza!!,impikan sebuah kehidupan yang sempurna,bahagia,dengan keluarga yang penuh dengan kasih sayang.aku nak semua tu.aku Cuma mampu bermimpi,aku bukan lah seperti teman-teman ku yang lain,hidup aku penuh dengan cabaran,sejak kematian arwah abahku,aku semakin kesunyian,aku nak seseorang yang mampu membahagiakan aku bila aku terbangun dari tidur.tapi aku hanya mampu berharap,semua itu terlalu mustahil untuk aku gadis kampung yang berangan-angan tinggi macam aku...

No comments:

Post a Comment